Blog mengenai resepi viral yang menjadi kegilaan ramai orang.

Resepi Ayam Percik Mudah dan Sedap

Ayam percik merupakan menu yang wajib dijual di bazar ramadan. Nak ke bazar beli ayam percik tak dapat, jom kita cuba sendiri resepi ayam percik yang mudah dah sedap. Confirm bertambah nasi. Jangan terlebih kenyang tau nanti susah nak solat tarawikh =P

Ayam percik resepi mudah

 

Bahan-bahan


1 ekor ayam – dipotong 4 bahagian

 

Bahan Perapan

 

1) 3 ulas bawang putih

2) 5 ulas bawang merah

3) 1 inci halia

4) Garam secukup rasa

 

Bahan untuk Kuah


1) 10 ulas bawang merah
2) 4 tangkai cili kering
3) 2 pek santan pekat
4) 1 batang serai
5) 1 inci halia
6) Garam secukupnya
7) Gula secukupnya
8) 1/4 keping asam keping – letak sekejap sahaja dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara Memasak

 

1. Kisar bahan perap tadi, kemudian perapkan ayam dengan bahan tersebut selama 30 minit.

2. Bakar ayam sehingga setengah masak dan bila ingin cepat masak boleh kukus dahulu sebelum dibakar.

3. Sementara ayam dibakar, siapkan kuah dengan cara kisar semua bahan kuah tadi.

4. Masak bahan tadi dengan api yang perlahan. Bila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa.

5. Angkat.

6. Bila ayam sudah nampak garing, lumur dengan bahan kuah tadi dan bakar seketika. Ini supaya bahan kuah meresap ke dalam daging ayam.

7. Terbalikan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang-ulang di kedua-dua belah ayam.

8. Bila ayam sudah nampak garing dan masak bolehlah diangkat. Hidangkan dengan menambah sedikit kuah di atas ayam tadi.

9. Siap!

Selamat mencuba.

Kredit
Yus Aisya

Back To Top