Blog mengenai resepi viral yang menjadi kegilaan ramai orang.

Cara Masak Kari Ayam Pencen Resepi Sugu Payitra (2 JUTA VIEWS)

Hai semua.

Di resepi viral kali ini, saya akan berkongsi dengan korang semua mengenai satu resepi yang dimasak oleh oleh Youtuber terkenal iaitu Sugu Pavitra iaitu Youtuber masakan yang semakin meningkat naik namanya di Malaysia yang mempunyai subscribers sehingga melebihi 800,000.Sehingga hari ini, resepi ini sudah ditonton di Youtube sebanyak 2,490,639 tontonan.

 

masak kari ayam resepi sugu

 

Bahan-bahan

 

Bahan-bahan yang Sugu gunakan mungkin berbeza dengan bahan yang kita gunakan untuk memasak kari ayam pencen. Jom kita tengok apa bahan yang Sugu gunakan bagi menambah rasa & keenakan kari ayam.

 

masak kari ayam pencen sugu pavitra

 

1. Ubi kentang 3 biji (dipotong)

2. Tomato 2 biji (dihiris)

3. Halia + bawang putih ditumbuk halus (1 sudu)

4. Bawang besar 1 biji (dihiris)

5. Daun pandan 2 helai (dipotong)

6. Daun kari (3 tangkai)

7. Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga

8. Santan

9. Ayam pencen 1 ekor (dipotong, dicuci bersih)

10. Serbuk kari ayam 3 sudu

11. Serbuk kunyit 1 sudu

12. Serbuk cili kering 2 sudu kecil

13. Serbuk ketumbar 2 sudu kecil

14. Serbuk cintan manis 2 sudu kecil

 

Cara Penyediaan

 

Masukkan sedikit minyak. Masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. Tumis sampai naik wangi. Masukkan bawang merah. Tumis sampai naik wangi. Masukkan daun kari dan daun pandan. Masukkan bawang putih + halia yang ditumbuk. Kacau dan tumis sampai naik wangi.

 

Masukkan ayam pencen. Gaulkan dengan sebati bersama bahan tumisan. Biarkan selama 15 minit. After 15 minit gaulkan ayam supaya tidak hangus. Tak payah letak air dulu sebab ayam akan mengeluarkan airnya sendiri. Ayam pencen sedikit keras, so kena masak lama sikit supaya isinya lembut.

 

Masukkan ubi kentang dan tomato. Biarkan selama 1 minit. Masukkan semua rempah. Terpulang dekat korang rempah jenama apa. Sugu menggunakan rempah Babas. Tumiskan dan gaulkan. Masukkan air kira-kira 2 gelas. Kacaukan. Masukkan garam secukup rasa. Kacaukan dan biarkan selama 20 minit sehingga kentang dan ayam empuk.

 

Masukkan santan. Nak guna santan yang diparut boleh. Nak guna santan kotak pun boleh. Masukkan kira-kira 200ml-500ml. Bak kata Sugu masukkan berapa kawan-kawan nak yaaa. Sugu guna santan parut je.

 

Nak lebih details mengenai resepi Sugu, korang boleh menonton video Sugu di Youtube di https://www.youtube.com/watch?v=epm9xjq8nIo.

Back To Top