Blog mengenai resepi viral yang menjadi kegilaan ramai orang.

Cara Membuat Ketupat Daun Pisang

Kalau kita tinggal di bandar, memang susah mencari daun ketupat palas untuk membuat ketupat. Tapi jangan risau kerana korang juga boleh membuat ketupat menggunakan daun pisang yang lebih mudah untuk didapati.


Jom kita belajar cara membuat ketupat daun pisang.
Nanti nak raya boleh cuba buat.

 

ketupat daun pisang

 

Bahan-Bahannya

 

1) Beras pulut - 4 cawan
2) Santan - 2 biji kelapa
3) Daun pandan - 1 helai
4) Daun pisang - 1
5) Garam - Secukup rasa

Cara-caranya

1) Rendam beras pulut 2 jam
2) Kukuskan beras pulut bersama santan sedikit garam dan daun pandan.
3) Nak kukus sampai masak atau separuh masak pun boleh.
4) Biarkan pulut sejuk sekejap dan boleh balut dengan daun pisang.
5) Dah siap balut boleh lah kukus sekali lagi selama 15 minit atau 20 minit.
6) Ok siap. Bolehlah dipotong.

Ketupat kalau dimakan dengan rendang memang ngam kan! =D

Selamat mencuba.

Kredit Resepi : hairul hamid

Back To Top