Blog mengenai resepi viral yang menjadi kegilaan ramai orang.

Resepi Mudah Aglio Olio Dori Fish by Sheila Rusly

Jom cuba resepi mudah menyediakan Aglio Olio dari pengarah, pelakon terhebat di Malaysia iaitu Sheila Rusly. Resepi ini diambil di Youtube beliau (Youtube Sheila Rusly). Banyak resepi yang dikongsikan untuk kalian. Tergelak pulak tengok segmen memasak bersama anak bujangnya hehe.

 

Untuk pengetahuan korang, beliau juga hebat di dapur tau dan telah mengeluarkan buku masakannya sendiri. Tiba-tiba rindu pulak dengan rancangan masakan no 1 di Malaysia iaitu Ketuk-Ketuk Ramadan hihi.

 

resepi aglio olio by sheila rusly

 

Bahan-Bahan

 

8 Ulas Bawang Putih (dicincang halus)

10 biji cili kering (dipotong dua)

5 tangkai daun kari

1 kiub ikan bilis

1 biji lemon

1 Paket Linguine

Cili Flakes

5 Keping Ikan Dory

Garam Secukupnya

Daun Parsley

 

 

Cara Memasak

 

1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang putih. Untuk memasak Aglio Olio, Bawang puting kena banyak. Bawang putih cepat hanyit so make sure tak buka api terlalu besar.

2. Masukkan cili kering. Gaulkan. Masukkan pula daun kari supaya Aglio Olio kita menjadi wangi. Biarkan semua bahan sedikit garing. Masukkan kiub ikan bilis dan perahkan lemon. Kacaukan sehingga semua bahan tadi sebati.

3. Masukkan sedikit cili flakes & 5 keping ikan dory yang sudah digoreng bersama tepung beras. Selepas itu masukkan pula garam secukup rasa. Kalau tak ada ikan dori, boleh juga digantikan dengan ayam goreng pun sedap kan? =D

4. Akhir sekali taburkan daun parsley yang telah dicincang halus.

Back To Top