Blog mengenai resepi viral yang menjadi kegilaan ramai orang.

Resepi Laksam Mudah dan Sedap

Harini nak berkongsi dengan korang semua mengenai satu resepi yang popular di Pantai Timur iaitu resepi laksam. Sekarang kalau nak makan laksam dah tak perlu risau lagi sebab boleh dikatakan setiap negeri pun ada orang jual laksam. Cuma sedap atau tidak jela. Nak laksam yang terbaik of course lah ke Pantai Timur. Confirm tak rugi!

 

Resepi Laksam


1. 3 cawan tepung beras
2. 1/2 cawan tepung gandum
3. 5 cawan air ( 3 cawan air panas+ 2 cawan air biasa)
4. 1/2 sudu kecil garam

*Adunan ni dapat dalam 10 batang laksam

Cara Penyediaan Laksam

 

resepi laksam yang sedap


Satukan kesemua bahan, kacau sehingga adunan tak berketul. Lepas kacau,Tapis adunan.Panaskan pengukus. Letakkan tudung periuk didalam kukusan beserta dgn sedikit minyak masak (Tapi tia guna pinggan ikea shja sebab tak ada tudung periuk).

Lepastu masukkan 2 senduk bancuhan ke atas tudung periuk tadi dan kukus sehingga masak. Adunan masak dalam 2-3 minit. Angkat dan biarkan seketika, baru gulung. Ulang langkah sehingga adunan habis. Siap!

Untuk kuah putih :

1. Ikan kembong 5/6 ekor ( ikan bersaiz sedang, jangan ikan yg kecil). Rebus ikan bersama asam keping dan garam, lepas tu ambil isi ikan dan blend bersama bawang putih, bawang merah dan lada hitam.
2. Santan kotak brand M&S 400gram (2 kotak kecil-kotak warna kuning)
3. Lada hitam 3 sudu stengah ( sukatan sudu kfc atau sudu kecil) - (Blend bersama ikan)
4. Gula 2 sudu besar @ 1 sudu 1/2 sudu besar ( jangan penuh sangat)
5. Bawang putih 3 ulas ( Blend bersama ikan)
6. Bawang merah 4 biji ( Blend bersama ikan)
7. Ajinomoto jika mahu
8. Garam secukupnya
9. Air secukupnya ( dalam 2 cawan )

*Campur semua bahan dlm periuk, kacau sehingga mendidih. Siap!
*Doublekan bahan jika buat banyak

 

Makan bersama Ulam :

1. Kacang panjang - hiris
2. Bunga kantan - hiris
3. Daun kesum – hiris
4. Kobis - hiris
5. Timun batang - cincang dan hiris
6. Taugeh
*Gaulkan kesemua ulam

Tambahan bahan lain : ( Tak nak pun tak apa)

1. Belacan
2. Ciliboh
3. Garam

P/s : Kalau nak makan jenis ada pedas2 sikit, Kalau tak nak makan laksam dengan cili boh, boleh juga makan dengan sambal lada.

Resepi Sambal Lada

Ambil cili padi merah 15 biji, 2 biji lada besar merah, sedikit garam & gula. Blend guna blender kering. Masukkan dlm mangkuk, letak sedikit cuka n air panas. Gaul rata. Siap!

Kredit: Tia Rizz

Back To Top