Blog mengenai resepi viral yang menjadi kegilaan ramai orang.

Resepi Mee Celup Ala Thai

Harini nak berkongsi dengan korang satu resepi makanan yang popular di Kelantan iaitu mee celup. Resepi ini diambil di Facebook Hanisah. Penggemar sup mesti suka mee celup ini kan? Hirup kuah dia nikmatnya. Kemudian letak pulak daging, ayam dengan perut muda.. Perghh!!

 

resepi sup celup hanisah Alyaa

 

Resepi Mee Celup

1. Tumis bawang putih,bawang merah & rempah 4 sekawan, serai & halia & lada hitam bulat 1/2 sudu

2. Dah garing masuk air sup/rebusan ayam & daging

3. Masuk sup bunjut 2

4. Halia yang diketuk 2 inci

5. Masuk batang ketumbar

6. Masuk daging

7. Dah mendidih angkat daging & masukkan kicap pekat & sos ikan, garam, gula & ajinomoto secukup rasa

8. Masuk bebola daging & masak sampai lembut

Bahan sampingan Mee Celup

1. Cili padi + air blend then season dengan garam gula sikit & perah limau 1 sudu

2. Cili jeruk

3. Limau nipis

4. Cili flakes

5. Kacang tanah hancur

6. Lobak masin

7. Kangkung, daun sup & taugeh

Resepi Cili

1. Blend cili padi & cili masak & bwg putih sekali

2. Masuk dalam mangkuk masuk gula sikit garam sikit siap!

Tips makin sedap Alya ada blend 3 labu bawang putih jeruk then masukkan dalam sup! Blend bawang putih tu dengan air jeruk sekali ha yaallah sedap!

Back To Top