Blog mengenai resepi viral yang menjadi kegilaan ramai orang.

5 RESEPI BUBUR YANG POPULAR DAN SEDAP

Bubur sering dijadikan makanan ketika minum petang.
Rasanya yang manis dan berkuah sering menjadi dessert atau pencuci mulut.
Jom kita cuba beberapa resepi bubur yang popular dan sedap ini.

 

1. Bubur Kacang Hijau Durian

Oleh Resepi Ibu

 

 

BUBUR KACANG HIJAU DURIAN YANG SEDAP

 

Menu ini paling popular dimajlis kenduri.


Bahan-bahan Membuat Bubur Kacang Hijau Durian


1) Kacang hijau - rendam semalaman
2) Sagu biji
3) Air secukupnya - untuk merebus kacang sehingga kembang
4) 1 sudu besar minyak masak - nak bagi cepat empuk kacang tu
5) Santan
6) Daun pandan
7) Garam
8) Gula pasir
9) Gula merah/perang - untuk bagi warna lebih cun je
10) Gula melaka
11) Durian - ikut lah banyak mana suka tapi jangan sampai nampak durian pulak dari kacangnya hihi =p


Cara-cara Membuat Bubur Kacang Hijau


1) Rebus kacang hijau, air, garam dan minyak masak atas api sederhana. Tujuannya nak percepatkan proses rebus kacang tu bagi kembang. Kalau tak masukkan garam dan minyak masak harus kena berjam-jam baru nak empuk. Banyak gas terbuang.
2) Bila dah empuk (isi kacang hijau tu pecah-pecah) masukkan pelbagai gula, durian, daun pandan yang disimpul, biji sagu dan santan. Kacau nak bagi biji sagu tu tak melekat antara satu sama lain. Lagi pun kalau dibiarkan kang santan tu pecah minyak pula. Hancur jadinya. Jadi kena hati-hati yer.
3) Biarkan mendidih dan dah dapat kepekatan yang kita sukan boleh terus tutup api. Kalau nak cair sikit boleh le nak tambah sikit air lagi. Dah mendidih baru tutup api.
4) Kot tak nak atau tiada durian, sila skip part yang masukkan durian. Sedap gak kalau makan begitu saja.
5) Dah siap! Bolehlah kalo nak dihidangkan. Makan lak dengan roti banggali kalau ada lagi masuk..Kot tak guna je roti apa yang ada kat dapur tu. Kalau rasa terlebih rajin, tanak sikit pulut. Makan sedapppp. Pulut tu boleh buat Pulut Durian pulak. Lagi best.

 

2. Bubur Biji Nangka

 

RESEPI SENANG BUBUR BIJI NANGKA

Bahan-bahan Membuat Bubur Biji Nangka


1) 1 1/2 cawan tepung pulut
2) 1 sudu besar tepung beras -k.An letak agar kuih tidak terlalu kembang, tak letak pun tak apa
3) 3/4 cawan air suam dicampur sedikit pewarna hijau
4) 1/2 sudu teh garam
5) 1/2 sudu teh air kapur cair
6) 4-5 biji nangka- dibuang biji dan gunting kecil-kecil
7) 1 helai daun pandan- carik dan simpul

Untuk Kuah


1) 2-3 cawan air
2) 1/2 cawan gula pasir
3) 1 cawan pati santan


Cara membuat Bubur Biji Nangka


1) Masukkan tepung pulut, tepung beras, garam dan air kapur ke dalam mangkuk.
2)Campurkan air beserta pewarna hijau sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.
3) Ambil sedikit tepung, dan bentukkan menjadi bulat bujur seperti di dalam gambar.
4) Susun di atas pinggan/ talam yang ditabur sedikit tepung. Buat hingga habis.
5) Didihkan 2-3 cawan air bersama daun pandan.
6) Masukkan kuih yang siap tadi dan masak hingga timbul seperti memasak buah melaka.
7) Apabila masak kesemuanya, masukkan gula, nangka dan pati santan. Perlahankan api.
8) Masukkan sedikit garam dan kacau hingga pengat mendidih sekali lagi. Matikan api dan sejukkan sebelum dihidang.

 

3. Bubur Pulut Hitam

 

RESEPI PULUT HITAM YANG SEDAP


Bahan-Bahan Bubur Pulut Hitam


1) 1 1/2 cawan pulut hitam
2) 6 cawan air, untuk merebus pulut
3) 1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)
4) 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
5) 3/4 cawan gula putih
6) 1/2 ketul gula melaka
7) Garam secukup rasa
8) 1 sudu besar tepung jagung


Cara Penyediaan Bubur Pulut Hitam


1) Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut.
2) Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
3) Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.
4) Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.


Cara Memasak Kuah Santan


1) Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul.
2) Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan.
3) Kemudian masukkan garam secukup rasa.


P/s: Rendam pulut hitam semalaman. Ini supaya dapat menjimatkan masa merebus. Kalau tak cukup masa, memadai rendam selama 3-4 jam, tetapi pulut perlu direbus agak lama untuk kembang dan lembut

 

4. Bubur Jagung dan Sagu

 

bubur jagung dan sagu yang sedap


Bahan-bahan Membuat Bubur jagung dan Sagu


1) 2 batang jagung manis
2) 1/2 cawan sago
3) Gula melaka secukupnya
4) Gula pasir secukupnya
5) Santan kelapa secukupnya
6) 1/4 sudu kecil garam - secukupnya
7) 2 helai daun pandan


Cara Memasak Bubur Jagung dan Sagu


1) Didihkan air dalam periuk sehingga menggelegak kemudian masukkan semua biji sago.
2) Masak sampai sago kembang dan boleh la dimasukkan dalam bekas yang sesuai serta biarkan sampai sejuk .
3) Bersihkan semua jagung dan potong ambil biji jagung.
4) Masukkan santan secukupnya , biji jagung , gula melaka , gula pasir secukupnya dan daun pandan ke dalam periuk yang sesuai.
5) Masak sampai jagung empuk serta kuah bubur mendidih , kacau sekali-sekala dan boleh la dimasukkan sedikit garam untuk membangkitkan rasa lemak kuah bubur ni.
6) Tambah lagi santan atau sedikit air jika kuah terlalu pekat .
7) Potong sago tadi menjadi bentuk empat segi dan masukkan dalam bubur , ikut pada kita nak masukkan berapa banyak ketulan sago ni ke dalam bubur.
8) Kacau semua bahan-bahan dan rasa bubur ni jika masih kurang manis boleh la ditambah gula lagi.
9) Biarkan bubur masak serta ketulan sago mesra dengan kuah dan sekali-sekala kacau bubur supaya semua bahan cukup mesra.
10) Bila dah masak boleh la ditutup api dapur.
11) Siap! Selamat mencuba. =D

5. Bubur Cha cha Bersagu

 

BUBUR CHACHA YANG SEDAP SANGAT

Kredit gambar

Bahan-Bahan


1) 100 gm bubur cha cha segera yang dalam paket
2) 1 keping gula melaka kalau tak ada boleh ganti dengan gula biasa
3) 2 sudu besar gula
4) 2 helai daun pandan simpul
5) 1 liter air
6) Segenggam sagu
7) Sedikit garam


Cara-cara Menyediakan Bubur Cha cha


1) Masukkan air,daun pandan dan bubur caca dalam periuk,masak sehingga mendidih.
2) Masukkan santan,gula,gula melaka dan garam.
3) Kacau sehingga lembut dan masukkan sagu.
4) Bila dah lembut boleh angkat dan hidangkan.

 

Ini sajalah 5 resepi bubur yang popular dan sedap yang dapat saya kongsikan pada kali ini.
Bubur kegemaran saya semestinya bubur jagung dan biji nangka.
Untuk resepi lain yang nak dicuba, korang boleh ke Facebook Resepi Ibu.
Selamat mencuba. =D

Back To Top