Blog mengenai resepi viral yang menjadi kegilaan ramai orang.

Resepi Sambal Tempe Rangup

Ada penggemar tempe di sini? Mesti korang suka makan sambal tempe kan? Biasa kalau makan di kedai, sambal tempe selalu lemau & lembik. Jom cuba resepi sambal tempe rangup ini. Boleh buat stok bersahur. =P

 

Resepi asal diambil di SINI.

resepi masak tempe rangup

 

Bahan-Bahan

 
Resepi ini dapatlah dalam 7-10 orang makan. Sorang sikit. –.-


1) 6-7 ikat Tempe (dihiris halus dan digoreng garing)

2) Cili kisar (5-6 sudu) Nak lagi pedas boleh masukkan lebih

3) Segenggam Ikan Bilis (digoreng garing)

4) 4-5 Biji Kentang (dipotong dadu dan digoreng garing)

5) 5 biji bawang merah (dikisar)

6) 5 biji bawang putih (dikisar)

7) 1 biji bawang besar (dihiris halus dan digoreng garing)

8) Sedikit air

9) Minyak secawan kecil

10) Garam dan gula secukup rasa

 

Cara-cara Memasak

 

1) Tumiskan bahan yang dikisar iaitu bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau dan peperangan.

2) Masukkan cili kisar,  goreng sehingga cili benar-benar masak dan pecah minyak.

3) Masukkan sedikit air.

4) Masukkan pula garam dan gula secukup rasa. Aku letak gula putih dan gula perang nak bagi nampak tempe sampal lebih menarik warnanya.

5) Bila sambal dan masak dan rasanya dah okay, matikan api.

6) Sejukkan sambal 15-30 minit.

7) Bila sambal dah benar-benar sejuk, masukkan bahan yang diorang tadi (tempe, kentang, ikan bilis, bawang) ke dalam sambal. gaulkan sebati.

8) Simpan di dalam bekas kedap udara. gerenti krup krap krup krap sambal tempe korang.

Selamat mencuba!

Back To Top