Blog mengenai resepi viral yang menjadi kegilaan ramai orang.

5 Resepi Masak Pasta Yang Mudah Dan Sedap

Pasta merupakan antara makanan yang popular di Malaysia & sering menjadi pilihan ketika dinner. Tapi nak mencari menu pasta yang betul-betul kena dengan selera bukan senang tau.
Apa kata kita cuba sendiri menyediakan menu pasta di rumah. Bolehlah jimatkan wang korang. Menu pasta bukannya murah tau. >.<
Jom kita cuba 5 resepi menu pasta di bawah.

 

1) Resepi Spageti Bebola Daging

Sumber resepi: Resepi Bonda

 

spageti bebola daging yang sedap


Bahan – Bahan


Berikut bahan untuk membuat kuah spageti bebola daging,


1) 2 biji kentang (dicincang)
2) 6 biji lada benggala (dipotong dadu kecil)
3) 2 biji tomato (dicincang)
4) 250 ml air panas
5) 2 sudu makan minyak zaitun
6) 2 ulas bawang putih (dihiris halus)


Bahan Spageti Bebola Daging


1) 250 gm daging kisar
2) 20 gm serbuk roti
3) 2 biji telur
4) 10 gm jintan putih
5) 10 gm lada hitam yang ditumbuk
6) 10 gm daun oregano
7) 10 gm garam
8) 1 ulas bawang putih (dicincang)
9) 1 biji bawang (dicincang)
10) 10 gm parsli segar (dicincang)
11) 200 gm spageti (rebus seketika sehingga lembut)

Cara Memasak Spageti Bebola Daging


1) Panaskan kuali dengan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga wangi. Kemudian, masukkan lada benggala dan tomato. Kacau rata.
2) Kemudian masukkan air dan kentang. Kacau rata sehingga mendidih dan kentang lembut. Ketepikan.
3) Untuk membuat bebola daging, satukan kesemua bahan di dalam mangkuk adunan. Gaul rata sehingga sebati.
4) Ambil sedikit adunan seberat 15 gm dan bentuk menjadi bulat.
5) Masak air sehingga mendidih dan masukkan adunan tadi. Rebus selama enam minit. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan bersama spageti.
6) Tuangkan kuah sos tadi di atasnya.
7) Siap!

 

2) Cajun Grilled Chicken Pasta

Kredit : Puan Ina Mazlan

 

Grilled chicken pasta yang sedap

Bahan-bahan ( 3 Orang )


1) 1 cawan pasta (direbus sehingga kembang)
2) 1 keping besar dada ayam, perap dengan cajun seasoning
3) 1 biji keledek saiz kecil
4) 1 biji terung saiz kecil
5) 2 biji avocado saiz kecil
6) 1 biji capsicum

Bahan Membuat Sos Pasta


1) 1-2 sudu butter
2) 1 sudu besar tepung gandum, dibancuh dengan 2 sudu besar air
3) 400ml susu
4) 1 cawan cendawan butang
5) Cajun seasoning
6) Garam secukup rasa


Cara Penyediaan



1) Pasta yang dah siap rebus ketepikan dulu.
2) Terung & keledek dihiris nipis (keratan rentas - lebar lebar), panggang sampai masak. Seeloknya guna keledek yang color purple atau color oren tu. Kalau pakai keledek biasa yang warna putih tu..nampak pucat. smile emoticon.
3) Capsicum dipotong kecil & dipanggang.
4) Ayam diperap dengan cajun seasoning, panggang. Bila dah masak hiris nipis.
5) Sementara itu, sediakan sauce. Cairkan butter, masukkan tepung gandum. Bila tepung jadi pekat, masukkan susu & cendawan. Kacau sampai jadi likat. Masukkan juga cajun seasoning ikut selera masing masing. Rasakan garam.
6) Gaulkan pasta & ayam bersama sauce yang dah siap tu.
7) Sayur yag dah siap grill tu tepulang pada masing2 samada nak gaul sekali atau nak letak je atas pasta tu.
8) Belah avocado, potong potong & letakkan di atas pasta.
9) Siap!

 

3. Pasta Penne Goreng Pedas

Oleh Nennie

PASTA PENNIE GORENG PEDAS

 

Bahan-Bahan Penne Goreng Pedas

 

Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat Penne Goreng Pedas ialah,

1) 1 peket sausage
2) 5 sudu besar sos tiram
3) 5 sudu besar kicap
4) 2 cawan mix vegetables


Bahan Dikisar



1) 50 grm udang kering
2) 3 biji bawang merah
3) 3 ulas bawang putih
4) 10 biji cili kering
5) 5 biji cili api
*Kuantiti cili api boleh dikurangkan atau ditambah ikut pada citarasa.

 

Cara Menyediakan Penne Goreng Pedas


1) Rebus pasta sampai lembut dan tos sekejap.Semasa merebus masukkan satu sudu kecil minyak ke dalam air rebusan pasta , supaya pasta tidak melekat antara satu sama lain.
2) Potong sausage menjadi kepingan kecil , boleh ditambah bahan-bahan lain seperti ayam , udang , daging dan sebagainya. Boleh juga digunakan sayur brokoli atau bunga kobis.
3) Panas kan 4 sudu minyak dan tumiskan bahan diblend tadi sampai naik bau.
4) Kemudian masukkan sausage dan sayur campur dan terus kacau.
5) Seterusnya masukkan kicap , sos tiram dan pasta. Terus kacau supaya pasta bercampur mesra dengan bahan-bahan kuah/tumis.
6) Akhir sekali boleh ditambahkan garam atau kicap jika pasta masih kurang masin. Terus mengacau supaya pasta tidak melekat pada kuali , sebaiknya gunakan kuali non-stick.
7) Bila dah masak boleh la ditutup api.
8) Siap!

 

4. Spageti Carbonara

Oleh Miera Hassan


SPAGETI KARBONARA

 

Bahan-Bahan Membuat Spageti Carbonara


1) 2 sdk minyak zaiton
2) 200g sausage dihiris nipis
3) 3 biji cendawan butang dihiris nipis
4) 3 ulas bawang putih diketuk
5) 2 biji kuning telur
6) 1/2 cawan krim pekat atau susu cair
7) 75 g keju pamesan

Cara-Cara Memasak


1) Panaskan minyak dan masukkan sausage.
2) Masukkan bawang putih dan cendawan butang kacau lebih kurang 5 minit sehingga sausage agak masak , angkat dan tos minyaknya.
3) Pukul kuning telur dan krim serta 3/4 daripada pamesan keju tadi. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
4) Masukkan dalam pasta dan sausage tadi di atas api kecil kacau sehingga sebati dan masukkan baki keju tadi.
5) Kalau hendak cair adjust dengan krim atau stok ayam

 

5. Pasta Spiral Goreng Lada Hitam

Oleh Fauziah Kamal

 

resepi pasta yang sedap

Bahan-Bahan Membuat Spiral Goreng Lada Hitam


1) 1 peket spaghetti
2) 1 peket daging kisar atau 1 peket daging burger Ramly
3) 3 biji bawang merah
4) 2 ulas bawang putih
5) 2 batang carrot
6) 4 sudu besar sos tiram
7) 1 sudu besar biji lada hitam - ditumbuk lumat boleh tambah ikut selera sendiri 1
8) Kiub perasa daging - boleh tambah
9) Garam secukup rasa
10) Daun bawang atau daun sup secukupnya
11) Lada hitam. Pastikan jangan letak terlalu banyak lada hitam nanti pasta ni jadi pedas menyengit pula.


Cara Menyediakan Spiral Goreng Lada Hitam


1) Kupas semua bawang dan dipotong kecil serta ditumbuk sampai lumat .
2) Rebus speghetti sampai empuk dan ditos . Bersihkan carrot dan dipotong menjadi kiub-kiub kecil .
3) Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang dan kacau sampai terbit bau wangi .
4) Masukkan daging kisar dan kacau semua bahan dan hancur-hancur daging kisar kemudian masukkan sos tiram dan kiub daging .
5) Masukkan semua pasta tadi dan kacau mesra semua bahan kemudian masukkan serbuk lada hitam dan daun bawang/sup yang diracik nipis .
6) Jika kurang masin baru la ditambah garam dan bila pasta dah masak boleh la ditutup api .

Selamat mencuba. Kalau korang nak mencuba resepi pasta yang lain, boleh ke Facebook Resepi Selera.

Back To Top